Hari ini sedikit berbeza daripada kebiasaan. Tiada panggilan kecemasan, tiada aduan daripada orang awam, sebaliknya suasana ceria dengan acara santai… Pertandingan Bowling bagi warga Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA).
Program ini melibatkan anggota daripada cawangan Gerakan, Pengiring, dan Pusat Kawalan Daerah (PKD). Ia dijadualkan bermula jam 11 pagi. Jam 10.30 pagi aku mula bergerak dari rumah dengan menunggang motosikal secara santai, sekitar 60–70 km/j. Perjalanan ambil masa lebih kurang 15 minit ke lokasi pertandingan di Sunway Kluang Mall.
baru nak gerak ke lokasi dari rumah
Sampai sahaja di pusat bowling, suasana sudah mula meriah. Masing-masing dengan semangat pasukan, ada yang sibuk pilih bola bowling paling sesuai, ada yang tak sabar nak buat strike. Walaupun ini sekadar pertandingan santai, semangat kesukanan tetap terasa.
mereka tengah sibuk bersiap sambil berbincang saiz bola
dah dapat saiz bola kita pun sebat jelaaaa
masih berbincang lagi saiz bola
Time ni Urusetia baru sampai... nak tau yang mana kan
Ni la orang ea
bergambar dulu sebelum mula
yang ni team Wanita terdiri daripada Anggota Wanita dan Isteri Anggota dan Pegawai
(ada yang tak sampai lagi)
Isteri Taufik tak dapat ikut sebab kena kerja
Sambil main kita makan-makan
Ni ada Hadiah-Hadiah yang di sediakan
Pemenang terdiri daripada Kategori Individu dan Kumpulan
untuk pemenang Kategori Individu
hadiah disampaikan oleh pegawai Insp Ketenteraman Awam
Tempat Ketiga pemenang nya di sebelah kiri
Tempat kedua (Hadiah kongsi sebab mata pin sama)
Tempat pertama
Untuk Kategori Kumpulan pula
Tempat Ketiga
Tempat Kedua
Juara tempat pertama
Sebelum balik kita bergambar dulu
Acara ini bukan saja untuk berseronok, tapi juga sebagai satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama rakan setugas dalam BKDNKA. Di sebalik seragam dan tugas harian yang mencabar, hari ini kami kongsi tawa, sorakan dan kenangan.
Kerja tetap kerja… tapi sesekali begini, hati pun jadi tenang.
Masing² berbakat ye... Kalau PH masuk longkang dah haha...
ReplyDeleteAcara santai² gini perlu juga, dapatlah redakan tekanan kerja juga kan
Hehehe....berbakat ...taufik pun banyak ke longkang juga... Alhamdulillah dapat juga hilang stress...
DeleteBerapa kali strike tu? Mesti power masing-masing.
ReplyDeleteYang pemenang tu bnyk juga strike nya .. Taufik juga dapat strike 2 kali je... Yang lain dpt sikit dan ke longkang
DeleteSelalu kalau saya bola masuk longkang tu. Hehe. Sesekali je bola tu pergi tengah.
ReplyDeleteSama la dengan Taufik.. banyak juga ke longkang... Hihi main suka-suka
DeleteSeronok aktiviti macam ni. Selain stress waktu bekerja bila aktiviti macam ni selain mengeratkan ukhwah sesama rakan dapat juga santai-santai bergembira.
ReplyDeleteBetul tu, asyik fikir pasal kerja boleh jadi stress
Deleteseronok...sambil2 tu boleh lah release tension
ReplyDeletebetul tu, macam kami di PKD memang kerja berkurung saja... tahu pergi dan balik kerja sahaja. bila ada program macam ni....dapat lah tenangkan fikiran
DeleteHey...minat kita sama la...tahun ni SA blom ada join mana- mana tournament lagi..tahun lepas selalu join
ReplyDeleteSuka bowling tapi tak pandai mana pun main nya.
DeleteBowler lain yang sebelah-sebelah tu mesti behaved 🙈
ReplyDeleteNasib baju tu takde lambang PDRM je .. kalau tak mesti duduk memerhati je hihihi
Deletepolis dan biru berpisah tiada.
ReplyDeleteya betul sangat....semua nak biru.. tak kisah lah cerah ke gelap..pasti biru...
Delete