Skip to main content

Rezeki Kuih Dari Kaunter Bayaran

Pagi tadi sepatutnya aku dijadualkan untuk jaga slide mesyuarat. Tapi sebelum bersiap, aku ambil inisiatif hubungi pihak pengurusan dulu dan nak sahkan sama ada hari ini benar-benar ada mesyuarat atau tidak.

Jawapan yang diterima buat aku senyum lebar…
Tiada sebarang makluman mesyuarat untuk hari ini. Jadi aku pun standby saja di rumah, bersedia kalau-kalau ada panggilan tugasan mengejut.

Tengah hari, lebih kurang jam 12, aku keluar sekejap ke kedai Acheh beli barang dapur. Saja beli sikit barang keperluan nak masak kejap lagi. Sampai giliran aku untuk bayar, akak cashier tu tiba-tiba hulurkan sepaket kuih dan kata,
“Ni ada orang bagi… ambil lah.”

Alhamdulillah Rezeki

Aku senyum dan sambut dengan ucapan syukur.
Rezeki tak diduga, walaupun sepaket kuih, tapi cukup buat hati rasa lapang.

Kadang hidup sebagai anggota beruniform, kita terlalu biasa dengan stres, kekangan masa, dan tugas tanpa henti. Tapi momen kecil begini dapat jumpa orang baik, rasa dihargai, itu cukup untuk segarkan semangat dan ingatkan aku tentang sisi lembut dalam masyarakat.

Terima kasih, akak cashier. Terima kasih juga pada yang sudi berkongsi rezeki. Semoga hidup kita semua terus dipermudahkan.


Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga mereka yang memberi mendapat pahala yang besar.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga yang memberi dapat pahala yang berganda

      Delete
  3. tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu. alhamdulillah rezeki tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga yang memberi dapat pahala yang berganda

      Delete
  4. Alhamdulillah semuga si pemberi Allah murahkan rezekinya. Semuga selalu bertemu dengan orang baik-baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiinn.. semoga mereka mendapat pahala yang besar

      Delete
  5. kuih sedap pula tu, rezeki usah ditolak. allhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga yang memberi tu dapat pahala yang melimpah.

      Delete

Post a Comment