Skip to main content

Program Dhuha & Gotong-Royong: Eratkan Ukhuwah, Suburkan Jiwa

Pagi semalam bermula dengan tenang dan penuh berkat apabila kami warga IPD menyertai Program Solat Dhuha mingguan yang diadakan seperti biasa. Program ini memang menjadi rutin mingguan yang bukan sahaja menyuburkan roh dan jiwa, malah mengeratkan ukhuwah antara kami sesama anggota.


Solat Dhuha & Nilai Rohani

Solat Dhuha ini menjadi ruang untuk kami bermuhasabah dan mendekatkan diri kepada Allah di sebalik tugasan harian yang sentiasa sibuk dan mencabar. Ia juga mengingatkan kami bahawa kekuatan dalaman sangat penting untuk terus teguh dalam melaksanakan amanah sebagai penjaga keselamatan masyarakat.


Gotong-Royong Kuarter: Sama-sama Menyumbang Tenaga

Selesai solat, kami teruskan dengan program gotong-royong di kawasan kuarters polis. Ada yang menyapu, ada yang memotong rumput, mengecat dan membersihkan longkang. Semua bekerja tanpa mengenal pangkat. Inilah kekuatan sebenar pasukan, saling bantu membantu demi keselesaan bersama.

Ambil kehadiran 

Berkumpul

Pegawai melapor kehadiran



Kawasan luar dewan

Kawasan depan Dewan

Kawasan Blok

Kawasan Dewan

Kawasan depan Surau 

Kawasan luar dewan 

Kawasan Blok

Kawasan depan pintu masuk utama 

Kawasan Luar Dewan 

Kawasan Blok 

Kawasan Blok

Kawasan Blok

Kawasan Blok

Kawasan depan Surau

Kawasan dalam Surau

Kawasan dalam Dewan


Tamat Sebelum Tengah Hari

Program selesai sebelum masuk waktu Zuhur bagi memberi laluan kepada para lelaki menunaikan Solat Jumaat. Walaupun ringkas, namun pagi yang padat ini cukup bermakna, jasmani sihat, rohani pun tenang.


Kadang-kadang bukan hanya tugasan berat di lapangan yang menguji, tetapi bagaimana kita menjaga keseimbangan antara ibadah, kerja, dan ukhuwah sesama rakan sekerja. Ini juga antara wajah lain di sebalik uniform.


#DiSebalikUniform
#SolatDhuhaPolis
#GotongRoyongIPD
#KehidupanKuarters

Comments

  1. Saluuut. Begini baru bagus. Saya jadi penasaran polisi Indonesia ini ada buat hal sama tak yaa. Tak pernah ada berita mereka melakukan hal macam nih, 😅😅. Kalo tentara banyak beritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kebersihan tempat tinggal dan kegunaan bersama perlu di jaga dengan rapi...mungkin mereka tidak pernah mengapload di media sosial...

      Delete
  2. Nampak cool je kawasan situ.. tepi bukit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tepi bukit...kadang kadang gajah lalu di bahagian sebelah hutan

      Delete
  3. Dulu masa kerja kat Pejabat kesihatan Muar buat gotong royong macam ni. Seronok sebab kawasan bandor kan.

    ReplyDelete
  4. bagus ada program2 mcm ni.. MA jarang join sbb jaga bos.. susah skt la nak tinggal opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Opis memang agak susah sikit untuk join aktiviti...

      Delete
  5. Replies
    1. Ya, dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pasukan.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EPISOD 14 AKHIR : PAHLAWAN KECIL KAMPUNG DAMAI

  ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI BUAT PEMBACA BLOG TAUFIK Jadi hari ini Taufik nak teruskan komik yang Taufik buat, walaupun bukan lah 100% Taufik yang buat, cuma idea sahaja dan AI yang buatkan huhuhuhu. sebelum terlupa, jika sudi untuk support boleh klik  di sini ...terima kasih . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...