Jam menunjukkan hampir 8.30 malam ketika satu panggilan masuk ke Pusat Kawalan Daerah (PKD). Kali ini, pemanggil seorang lelaki Cina nada suara jelas tegas, tapi terkawal.
“Polis, saya tokey kedai. Pekerja saya, Bangladesh… dia mabuk dan gaduh dengan saya. Boleh hantar polis mari tengok?”
Kami segera arahkan unit MPV dari lokasi rondaan berhampiran untuk ke lokasi kejadian. Tak lama kemudian, anggota melaporkan mereka sudah tiba dan sedang mengambil keterangan daripada pengadu.
Menurut tokey kedai itu, pekerjanya sebenarnya baik-baik sahaja jika tidak dalam keadaan mabuk. Tapi bila mabuk, sering timbul masalah dan sukar dikawal. Malam itu, katanya berlaku sedikit pertengkaran mulut, tapi tiada kecederaan atau kerosakan berlaku.
Anggota MPV memberikan nasihat dan menjelaskan pilihan sama ada untuk membuat laporan polis atau menyelesaikan secara dalaman. Setelah berbincang seketika, tokey tersebut memilih untuk tidak membuat laporan, sebaliknya menyatakan hasrat untuk menyelesaikan isu itu secara baik dengan pekerjanya keesokan hari.
Di Sebalik Uniform, beginilah sebahagian daripada cerita yang jarang diketahui umum. Bukan semua kes berakhir di balai, tapi setiap laporan tetap diberi perhatian. Kadang-kadang, kehadiran kami saja sudah cukup untuk meredakan keadaan.
Aduhaiiiiii inilah masalah dunia. Kalau dah mabuk dari baik boleh lupa dunia.
ReplyDeleteKalau tidak menyusahkan orang takpe lagi kan ...
Deletebila mabuk semua jadi x tnetu hala, malahan boleh jadi jenayah juga kan..
ReplyDeleteBetul... Kalau mabuk tak ganggu orang boleh maafkan lagi.
DeleteIni kalau menganggu kerja kan susah.
Masa mabuk emosi terganggu.
ReplyDeleteEsoknya mungkin sudah berbaik-baik dan kerja macam biasa.
Betul tu, tokey tu beritahu pun pekerja dia buat hal waktu mabuk je...
DeleteSebab tu arak dilarang sekeras-kerasnya dalam Islam.
ReplyDeleteYa, bagi mengelak kejadian contoh seperti ini...menyusahkan orang lain.
Delete