Mari Klik

Friday, May 2, 2025

Jalinan Mesra di Kampung – Community Policing bersama Ketua Polis Daerah dan masyarakat Kampung

Minggu lepas, 

Pagi itu, aku bangun lebih awal daripada biasa.

Jam baru pukul 5.30 pagi, aku dah bersiap.
Program Community Policing bersama Ketua Polis Daerah dan penduduk kampung dijadualkan bermula jam 8.00 pagi.

6.30 pagi, aku keluar dari rumah, menunggang motosikal dengan santai pada kelajuan sekitar 60 hingga 70 kilometer sejam menuju ke lokasi program.
Langit masih kelam, jalan lengang — cuma beberapa lori muatan berat saja yang kelihatan.
Angin pagi yang sejuk terasa menyapa wajah, sambil aku menikmati perjalanan yang tenang.

Sambil menunggang, aku sempat berfikir:


"Harap semua berjalan lancar. Program macam ni penting untuk eratkan hubungan dengan masyarakat."

Tepat 7.20 pagi, aku tiba di balai raya kampung yang menjadi lokasi program.
Beberapa penduduk dah mula berkumpul.
Anggota-anggota lain juga sudah bersedia,
sementara menanti ketibaan Ketua Polis Daerah yang akan mengetuai majlis.


                                               BERGAMBAR DULU BUKTI KEHADIRAN


Pagi itu, kelihatan penduduk kampung bersama-sama membuat persiapan penyediaan makanan untuk majlis selepas program.
Suasana penuh gotong-royong dan kemeriahan.

Kami terus ambil kehadiran semua peserta — penduduk kampung, wakil agensi lain, dan pasukan polis.


MASA NI BERATUR AMBIL KEHADIRAN


DUDUK TEPI LEPAS AMBIL KEHADIRAN


1. Suasana Kampung yang Tenang


Angin pagi yang sejuk, bau tanah basah dan suara burung berkicauan — suasana kampung memang lain auranya.


Orang kampung sambut kami dengan senyuman, walaupun suasana sederhana.

Ketua kampung tersenyum sambil berkata:


> "Bagus encik-encik polis datang pagi-pagi macam ni, semangat lain macam."


Tak lama kemudian,

Ketua Polis Daerah tiba bersama rombongan.

Semua peserta berdiri menyambut kehadiran beliau.


MENUNGGU KETIBAAN KETUA POLIS DAERAH

LAPOR KEHADIRAN KEPADA KETUA POLIS DAERAH
(SEBELAH KIRI ADUN KAWASAN) (SEBELAH KANAN TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH)


(BARISAN PEGAWAI KANAN)
MENYANYI LAGU NEGARAKU, BANGSA JOHOR & SANG SAKA BIRU SERTA IKRAR RUKUN NEGARA

SESI PENYAMPAIAN CENDERAHATI

(KETUA KAMPUNG)

(ADUN KAWASAN)

SEBELUM MULA BERGAMBAR DULU



2. Senaman Zumba dan Berjalan 1000 Langkah


Selepas sesi kehadiran selesai, program diteruskan dengan senaman ringan Zumba di Dewan Terbuka.

Senaman dipimpin oleh jurulatih muda dari daerah kami.

Semua peserta — tua muda — ikut sama bergerak mengikut rentak lagu riang.


Ada yang nampak lincah,

ada juga yang sekadar mengikut perlahan,

tapi suasana kekal ceria dan santai.


JURULATIH SENAMAN DAERAH


AKTIVITI SENAMAN PAGI







Selepas Zumba, kami teruskan dengan aktiviti berjalan 1000 langkah mengelilingi kawasan kampung.

Sepanjang berjalan, kami sempat bersembang santai dengan penduduk —

tanya khabar, dengar aduan, dan perhatikan kawasan sekitar.


> "Bagus juga program macam ni, dapat sihat sama-sama sambil erat hubungan,"

kata seorang makcik sambil berjalan perlahan di sebelah aku.


GAMBAR SEMPAT DIAMBIL SEMASA BERJALAN 1000 LANGKAH









KETUA POLIS DAERAH BERTEGUR SAPA DENGAN PENDUDUK KAMPUNG








SAMBIL-SAMBIL TU ADA TANAM POKOK

(KETUA POLIS BALAI)

(KETUA POLIS DAERAH BERSAMA KETUA KAMPUNG)


3. Bila Polis Jadi Sahabat, Bukan Sekadar Penguat Kuasa


Selepas tamat sesi berjalan, semua peserta berkumpul semula.

Kami adakan sedikit taklimat penutup dari Ketua Polis Daerah,

yang menekankan pentingnya kerjasama antara polis dan komuniti dalam menjaga keselamatan kampung.


BERKUMPUL SEBELUM PROGRAM SELESAI



Selepas program rasmi tamat,

penduduk kampung jemput kami semua untuk makan bersama hasil daripada gotong-royong mereka pagi tadi.

Nasi lemak, mee goreng, kuih-muih kampung — semua ada,

menambah lagi kemeriahan suasana.


GAMBAR SEMPAT AMBIL SEBELUM KENA SERBU




Program selesai lebih kurang jam 9.30 pagi.
Aku terus menunggang motosikal pulang ke rumah dengan santai,
sementara rakan-rakan lain bergerak ke lokasi tugasan masing-masing untuk meneruskan rutin harian.


4. Di Sebalik Uniform – Kami Juga Manusia Biasa


Pagi itu, aku pulang dengan rasa puas.

Penat berzumba dan berjalan 1000 langkah terasa,

tapi dalam hati — aku tahu, usaha kecil kami pagi ini mungkin akan membawa kesan besar di masa depan.


> Di sebalik uniform ini,

kami bukan hanya penguat kuasa,

kami juga sahabat masyarakat.


10 comments:

  1. Bagus aktiviti macam ni. Lebih dekat dengan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sambil² boleh tahu masalah penduduk yg dihadapi

      Delete
  2. Baguslah bila ada program begini.. eratkan silaturrahim.
    Akk dari dulu nengok polis pun takut.. tak tau pasaipa.. padahal takde pun buat salah hehe.. mungkin dari kecik dimomokkan yang polis tu agak menakutkan. Kalau salah, polis tangkap huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, supaya dapat sampaikan mesej kepada orang awam bahawa pihak polis juga bukanlah raksasa pemakan mangsa...hihihihi

      Delete
  3. Ini baru aktifitas baguuus. Sehingga penduduk pun semakin dekat dengan petugas negara 👍👍. Sama dengan kak rawiwa, saya dulu takuuut tiap lihat polisi atau tentara, sebab mereka ada senjata. Ntahlah, saya memang ngeri lihat senjata api. Apalagi duluuu pernah tinggal di Aceh, dan sempat merasakan perang antara tentara dan pemberontakan GAM .

    Saat kuliah di Penang , saya pernah ditanya polisi sana yg sedang lewat. Dia tanya pasport saya. Nasib baik ada. Saat lihat VISA Pelajar saya, barulah dia ramah, awalnya garang 😅. 'oh kamu study di private college yaa. Tak banyak warga Melayu study di sana, fee mahal'

    😅😅 Dia cakap begitu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari segi muka semasa bertugas memang akan nampak serius... saya sendiri pun susah nak kawal riak muka mungkin sebab dari Pusat Latihan sudah di ajar begitu...

      Delete
  4. Aktiviti macam ni perlu diadakan selalu kan..mendekatkan masyarakat dan pihak polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, baru la slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

      Delete
  5. Masa kecil dulu takut polis tapi bila dah kerja dan berurusan dengan mereka rasa hormat apa lagi bila datang pegawai yang berpaku-paku. perghhh salute lah

    ReplyDelete

My Blog List