Hari ni off day. Tak payah pakai uniform, tak perlu tengok jadual syif, tak perlu jawab panggilan MERS 999. Tapi satu benda yang orang ramai tak tahu — bila kerja dalam pasukan polis, hari cuti bukan betul-betul ‘cuti’.
Pagi tu aku bangun awal, jam 6 pagi untuk solat subuh. Lepas subuh, aku duduk bersandar di dinding sambil belek-belek telefon. Belum sempat skrol lama, masuk satu mesej daripada rakan sekerja — “Bro, kau tahu tak pasal penugasan Jaga Aman futsal pagi ni?”
Aku yang tengah mode rehat, terpaksa buka semula group kerja, semak jadual, dan bantu jawab mana yang aku tahu. Walaupun bukan syif aku, rasa tanggungjawab tu tetap ada. Bila sorang blur, yang lain kena back up. Kami dah biasa macam tu.
Petang sikit, masa tengah lepak dengan isteri, jiran sebelah rumah datang ketuk pintu. "Maaf ganggu bang, saya nak tanya sikit… betul ke ada kes pecah rumah kat hujung taman kita minggu lepas?” Aku senyum dan ajak duduk. Hari cuti pun, orang tetap anggap kita tempat bertanya. Takpe, dah sebati.
Walaupun dalam kepala aku dah set untuk ‘rehat’ hari ni, hakikatnya telefon tak berhenti berbunyi — mesej rakan, panggilan dari balai, dan kadang-kadang cerita lucu daripada anggota lain. Kami tetap bersambung walau di mana pun.
Menjelang tengah malam, suasana sunyi. Barulah rasa macam cuti betul. Tapi dalam hati, aku tahu — kalau ada apa-apa kecemasan, aku tetap akan bangun dan turun padang kalau diperlukan. Itu dah jadi sebahagian daripada hidup kami.
Di sebalik uniform ini, walaupun hari off, kami sentiasa bersedia. Sebab jadi polis bukan setakat kerja — tapi satu cara hidup.
Dah biasa tu... Dekat pas cuti, tarikh cuti dah bermula.... Ehhh, kena kawad dulu, baru boleh cuti.. Rugi setengah hari kat situ.. Hahaha
ReplyDeleteHahaha betul... Esok nya tarikh cuti...tapi kena masuk keje malam habis esok pagi....huhuhu
DeleteAlamak.... akk kalau cuti tak berani nak buka whatasapp grup office 😶🌫️
ReplyDeleteKami kalau tak tengok wasap group...memang sampai ke sudah lah die orang call ... Silap² hantar peronda datang rumah sebab suruh call semula huhuhu.....
Deletetahu-tahu, sebab tu kita anggap je asben tiada cuti, hari-hari dia on call, hehe! ada tapi serupa tak ada. haaa cam biskut!
ReplyDeleteItu laaaaaa, nak ke mana pun susah.
DeleteAda pekerjaan yg memang tak bisa benar2 cuti. Sebab dari awal mereka dah disumpah utk menjaga keamanan lingkungan dan negara. Saudara saya ada yg kerja sebagai polisi. Memang lah susaaah sangat utk diajak bercuti 😅. Jadi terkadang hanya istri dia saja yg ikut traveling. Dia tak akan bisa ikut.
ReplyDeleteYa, saudara ajak berjalan, berhari raya, kenduri kahwin saudara memang payah nak dapat tunjuk muka.
DeleteBesar tanggungjawabnya tu. Isteri kepada suami yang berkhidmat untuk negara pun kena memahami tugas seorang suami juga.
ReplyDeleteYa, bukan hanya sekadar berkahwin dengan orang nya... Tetapi dengan tugasnya sekali.
DeleteBukan polis aje..yang bukan polis ni pun kalau cuti tak tenteram..semua ad atanggungjawab kan..tapi setakat SA kerja jadi Executive Secretary ni jarang boss kacau weekend atau time cuti tahunan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki tu kak.... Bila tak kena kacau tu... Suatu nikmat yang patut di syukuri.
DeleteJadi polis memang kena standy walau cuti. Takde rehat hakiki.
ReplyDeleteYa, sampai orang Cop kita sombong taknak datang kenduri.
Delete