Malam ini bertugas seperti biasa, syif dari jam 12 malam hingga 8 pagi. Pada jam 12.50 pagi, kami di PKD terima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki Cina yang memaklumkan terdapat seorang lelaki mencurigakan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di kawasan rumah.
Pengadu turut memaklumkan bahawa dia telah menahan individu tersebut sementara menunggu pihak polis tiba. Kami segera arahkan Unit Ronda Bermotosikal ke lokasi kejadian.
Setibanya di sana, anggota mendapati seorang lelaki India dalam keadaan mabuk berada di dalam kereta milik pengadu. Anggota mula ambil keterangan daripada kedua-dua pihak. Lelaki India tersebut menyatakan bahawa dia seperti sedang dikejar oleh seseorang, lalu secara spontan masuk ke kawasan rumah pengadu dan duduk dalam kereta untuk berlindung.
Setelah berbincang dan tiada sebarang kerosakan atau kecederaan, pengadu memutuskan untuk tidak membuat laporan polis. Sebaliknya, beliau hanya mahu beri sedikit nasihat kepada lelaki India tersebut agar tidak mengulangi perkara sama.
Anggota kemudian bantu pastikan lelaki itu beredar dari lokasi dengan selamat.
Kalau dah mabuk apa pun boleh dibuatnya. Nasib baik mabuk kalau tak mabuk memang le menakutkan tuan rumah malam-malam ada orang dok dalam kereta dia.
ReplyDeleteBetul tu, pagi-pagi buta orang masuk rumah kita mana tau risau.
DeleteSyukur takde apa² yg buruk berlaku. Tapi tetaplah risau bila org yg tak dikenali masuk kawasan rumah :(
ReplyDeleteYa, tetap kena waspada.. takut terjadi apa-apa kat keluarga kita
Deleterisau juga orang tiba2 masuk dlm kereta kita kan kalau lambat report sedar2 keta dah hilang heh heh
ReplyDeleteBetul, kalau hilang tak memasal pulak
DeleteRisau betul kalau terjadi kat dirisendiri..x dapat bayangkan macam mana..confirm panik melebihi segalanya
ReplyDeleteSekarang dah macam² kes, curi, pecah rumah.... Bahayaa...
DeleteSekarang dah macam² kes, curi, pecah rumah.... Bahayaa...
DeleteAlamak.. tuan rumah terlupa ke kunci pintu kereta.
ReplyDeleteBoleh jadi terlupa la tu...sebab orang boleh masuk. Nasib tak jadi apa apa
DeleteKes macam ni seram jugak. Berani betul tuan kereta tu.
ReplyDeleteMungkin dia terlupa nak lock la tu ....sampai orang boleh masuk
Delete