Skip to main content

Duduk Dalam Kereta Orang Tengah Malam

Malam ini bertugas seperti biasa, syif dari jam 12 malam hingga 8 pagi. Pada jam 12.50 pagi, kami di PKD terima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki Cina yang memaklumkan terdapat seorang lelaki mencurigakan masuk ke dalam keretanya yang diparkir di kawasan rumah.

Pengadu turut memaklumkan bahawa dia telah menahan individu tersebut sementara menunggu pihak polis tiba. Kami segera arahkan Unit Ronda Bermotosikal ke lokasi kejadian.

Setibanya di sana, anggota mendapati seorang lelaki India dalam keadaan mabuk berada di dalam kereta milik pengadu. Anggota mula ambil keterangan daripada kedua-dua pihak. Lelaki India tersebut menyatakan bahawa dia seperti sedang dikejar oleh seseorang, lalu secara spontan masuk ke kawasan rumah pengadu dan duduk dalam kereta untuk berlindung.

Setelah berbincang dan tiada sebarang kerosakan atau kecederaan, pengadu memutuskan untuk tidak membuat laporan polis. Sebaliknya, beliau hanya mahu beri sedikit nasihat kepada lelaki India tersebut agar tidak mengulangi perkara sama.

Anggota kemudian bantu pastikan lelaki itu beredar dari lokasi dengan selamat.

Comments

  1. Kalau dah mabuk apa pun boleh dibuatnya. Nasib baik mabuk kalau tak mabuk memang le menakutkan tuan rumah malam-malam ada orang dok dalam kereta dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, pagi-pagi buta orang masuk rumah kita mana tau risau.

      Delete
  2. Syukur takde apa² yg buruk berlaku. Tapi tetaplah risau bila org yg tak dikenali masuk kawasan rumah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tetap kena waspada.. takut terjadi apa-apa kat keluarga kita

      Delete
  3. risau juga orang tiba2 masuk dlm kereta kita kan kalau lambat report sedar2 keta dah hilang heh heh

    ReplyDelete
  4. Risau betul kalau terjadi kat dirisendiri..x dapat bayangkan macam mana..confirm panik melebihi segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah macam² kes, curi, pecah rumah.... Bahayaa...

      Delete
    2. Sekarang dah macam² kes, curi, pecah rumah.... Bahayaa...

      Delete
  5. Alamak.. tuan rumah terlupa ke kunci pintu kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi terlupa la tu...sebab orang boleh masuk. Nasib tak jadi apa apa

      Delete
  6. Kes macam ni seram jugak. Berani betul tuan kereta tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia terlupa nak lock la tu ....sampai orang boleh masuk

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EPISOD 14 AKHIR : PAHLAWAN KECIL KAMPUNG DAMAI

  ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI BUAT PEMBACA BLOG TAUFIK Jadi hari ini Taufik nak teruskan komik yang Taufik buat, walaupun bukan lah 100% Taufik yang buat, cuma idea sahaja dan AI yang buatkan huhuhuhu. sebelum terlupa, jika sudi untuk support boleh klik  di sini ...terima kasih . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...