Hari ni takde cerita operasi, takde ronda, takde kecemasan. Cuma masa terluang aku habiskan meneliti komen-komen dalam blog 'Di Sebalik Uniform'.
Seronok sebenarnya baca komen pembaca. Ada yang kongsi pengalaman sendiri, ada yang beri pandangan, dan ada juga yang bagi tunjuk ajar.
Satu komen menarik perhatian aku tentang paparan blog. Katanya, paparan blog aku akan lebih seronok baca guna setting 'mobile view' berbanding 'desktop view' bila buka dari telefon. Jujurnya, memang aku dah lama tak guna platform Blogger ni. Banyak fungsi pun dah lupa.
Tapi alhamdulillah, terima kasih kepada yang komen dan bantu tunjuk ajar. Dapat juga aku belajar semula cara tukar setting blog kepada paparan mobile view, supaya lebih mesra pengguna.
Kadang-kadang benda kecil macam ni pun boleh beri kesan besar. Pengalaman sebagai polis ajar aku untuk hargai suara orang ramai, dan nampaknya dalam dunia blogging pun tak jauh beza.
Di sebalik uniform, aku juga sedang belajar jadi penulis dan pendengar yang baik.
Kalau BW memang selalu pakai henset je..
ReplyDeleteitu laaa da lama tak guna blogger sejak-sejak pernah kena HACK dulu. lupa cara setting
DeleteMemang, tampilan blog sekarang lebih diutamakan bisa tampil baik melalui mobile, sebab semakin banyak orang-orang pengguna mobile. Seperti saya salah satunya, lebih banyak meluangkan waktu BW melalui mobile. Tapi hati-hati saat mengutak-atik tema blogger.
ReplyDeleteBTW, salam dari Indonesia!
Ijin saya follow, semakin banyak teman, semakin lebih baik. :)
Betul juga, zaman sekarang semua orang ada memegang handphone di tangan....
DeleteSaya menulis entri di laptop. Kalau blog walking kadang-kadang guna HP.
ReplyDeleteSaya pulak terbalik, kalau tulis entri guna HP, kalau Blog Walking guna laptop. Sebab nak tengok senarai sahabat yang update blog dalam widget.
DeleteWah, hebat! Dari polis ke blogger. menangkap hati pembaca dengan mobile view yang mesra pengguna! ๐๐ฑ Kadang-kadang ilmu kecil macam ni memang power, boleh buat pembaca suka ‘berhenti’ dan bukan cuma scroll lari. Teruskan belajar dan menulis, siapa tahu satu hari nanti dapat award ‘Blog Terbaik’ versi mobile! ๐๐
ReplyDeleteSambil menyambil je sebab kebetulan bertugas di bahagian yang bukan di lapangan.
DeleteBetul tu, ilmu kecil boleh bawa makna yang besar.
In shaa Allah. Moga moga ada rezeki
Mungkin boleh pilih theme yang responsive. Auto berubah kepada mobile view bila bukak guna phone.
ReplyDeleteSebenar nya bab theme tu masih belajar lagi .. tak tahu mana yang sesuai... Kot² ada idea boleh kongsikan
DeleteJarang2 ngeblog guna hp
ReplyDeleteOwhhh ... Ada orang ngeblog guna HP sebab boleh bawa ke mana mana. Kalau laptop pulak mudah untuk tengok skrin ...
DeleteSaya follow sini.. pasti akan ada banyak cerita menarik di blog ini nanti :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana follow... Pasti ada...tunggu dan lihat saja.
DeleteMobile view tak terlalu berat loading jika tengok dengan fon
ReplyDeleteOwhh, terima kasih kerana beri info nya...mantappp
DeleteBila berblogging... Comment dari pembaca dan rakan blogger sangat lah membantu dan memberi semangat lain .. ๐๐๐ป
ReplyDeleteBetul.....dapat meningkatkan ilmu dalam penulisan
DeleteSaya suka tulis blog dan blogwalking through laptop je sbb senang nk menaip haha. Kadang2 je bw guna phone
ReplyDeleteBtw salam kenal, saya follow sini ya!
Sebab saiz keyboard besar dak hehehehe.... Terima kasih follow
DeleteSemoga terus semangat untuk menulis๐ช๐ช
ReplyDeleteterima kasih kerana terus menyokong blog ini
DeleteSA kalau blogwalking memang guna hp...sesekali kalau guna laptop...tapi kalau guna mobile view lebih mesra pengguna
ReplyDeleteNice, betul jugak ..lepas tukar setting baru nampak nice
DeleteAlamakkk malu kita nama naik kat sini. Alhamdulillah, haaaa skrg br senang nak baca blog Fiq kat phone. Tak perlu zoom in zoom out
ReplyDeleteTerima kasih bagi idea... Dah lama tak guna blog jadi tak terfikir.
Delete