Skip to main content

Blogger, Komen & Setting

Hari ni takde cerita operasi, takde ronda, takde kecemasan. Cuma masa terluang aku habiskan meneliti komen-komen dalam blog 'Di Sebalik Uniform'.

Seronok sebenarnya baca komen pembaca. Ada yang kongsi pengalaman sendiri, ada yang beri pandangan, dan ada juga yang bagi tunjuk ajar.

Satu komen menarik perhatian aku tentang paparan blog. Katanya, paparan blog aku akan  lebih seronok baca guna setting 'mobile view' berbanding 'desktop view' bila buka dari telefon. Jujurnya, memang aku dah lama tak guna platform Blogger ni. Banyak fungsi pun dah lupa.

(terima kasih sahabat Blogger @Ammi)

Tapi alhamdulillah, terima kasih kepada yang komen dan bantu tunjuk ajar. Dapat juga aku belajar semula cara tukar setting blog kepada paparan mobile view, supaya lebih mesra pengguna.

Kadang-kadang benda kecil macam ni pun boleh beri kesan besar. Pengalaman sebagai polis ajar aku untuk hargai suara orang ramai, dan nampaknya dalam dunia blogging pun tak jauh beza.

Di sebalik uniform, aku juga sedang belajar jadi penulis dan pendengar yang baik.


Comments

  1. Kalau BW memang selalu pakai henset je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu laaa da lama tak guna blogger sejak-sejak pernah kena HACK dulu. lupa cara setting

      Delete
  2. Memang, tampilan blog sekarang lebih diutamakan bisa tampil baik melalui mobile, sebab semakin banyak orang-orang pengguna mobile. Seperti saya salah satunya, lebih banyak meluangkan waktu BW melalui mobile. Tapi hati-hati saat mengutak-atik tema blogger.

    BTW, salam dari Indonesia!
    Ijin saya follow, semakin banyak teman, semakin lebih baik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga, zaman sekarang semua orang ada memegang handphone di tangan....

      Delete
  3. Saya menulis entri di laptop. Kalau blog walking kadang-kadang guna HP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak terbalik, kalau tulis entri guna HP, kalau Blog Walking guna laptop. Sebab nak tengok senarai sahabat yang update blog dalam widget.

      Delete
  4. Wah, hebat! Dari polis ke blogger. menangkap hati pembaca dengan mobile view yang mesra pengguna! ๐Ÿš“๐Ÿ“ฑ Kadang-kadang ilmu kecil macam ni memang power, boleh buat pembaca suka ‘berhenti’ dan bukan cuma scroll lari. Teruskan belajar dan menulis, siapa tahu satu hari nanti dapat award ‘Blog Terbaik’ versi mobile! ๐Ÿ˜„๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil menyambil je sebab kebetulan bertugas di bahagian yang bukan di lapangan.

      Betul tu, ilmu kecil boleh bawa makna yang besar.

      In shaa Allah. Moga moga ada rezeki

      Delete
  5. Mungkin boleh pilih theme yang responsive. Auto berubah kepada mobile view bila bukak guna phone.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar nya bab theme tu masih belajar lagi .. tak tahu mana yang sesuai... Kot² ada idea boleh kongsikan

      Delete
  6. Replies
    1. Owhhh ... Ada orang ngeblog guna HP sebab boleh bawa ke mana mana. Kalau laptop pulak mudah untuk tengok skrin ...

      Delete
  7. Saya follow sini.. pasti akan ada banyak cerita menarik di blog ini nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana follow... Pasti ada...tunggu dan lihat saja.

      Delete
  8. Mobile view tak terlalu berat loading jika tengok dengan fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh, terima kasih kerana beri info nya...mantappp

      Delete
  9. Bila berblogging... Comment dari pembaca dan rakan blogger sangat lah membantu dan memberi semangat lain .. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.....dapat meningkatkan ilmu dalam penulisan

      Delete
  10. Saya suka tulis blog dan blogwalking through laptop je sbb senang nk menaip haha. Kadang2 je bw guna phone

    Btw salam kenal, saya follow sini ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saiz keyboard besar dak hehehehe.... Terima kasih follow

      Delete
  11. Semoga terus semangat untuk menulis๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

    ReplyDelete
  12. SA kalau blogwalking memang guna hp...sesekali kalau guna laptop...tapi kalau guna mobile view lebih mesra pengguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice, betul jugak ..lepas tukar setting baru nampak nice

      Delete
  13. Alamakkk malu kita nama naik kat sini. Alhamdulillah, haaaa skrg br senang nak baca blog Fiq kat phone. Tak perlu zoom in zoom out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi idea... Dah lama tak guna blog jadi tak terfikir.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Sebulan Buat Blog, Jom Soal Jawab!

Alhamdulillah… diam tak diam dah genap sebulan aku mula menulis blog Di Sebalik Uniform. Bermula dengan niat nak kongsi pengalaman sebagai anggota polis, siapa sangka makin ramai yang singgah baca, komen, dan beri semangat. Terima kasih kepada semua yang sudi luangkan masa. Sempena genap sebulan blog ini wujud, aku nak buka satu sesi soal jawab khas dengan pembaca blog. Kalau korang ada soalan nak tanya pasal:

Masa Free, Main Game Dulu

Tak semua masa kita sibuk dengan tugasan. Bila ada ruang masa, aku pun macam orang lain juga, nak "unwind" dan rehatkan minda. Kalau korang pula, apa korang buat masa free? Ada yang suka tengok drama? Baca buku? Memancing? Atau shopping online? Kalau aku...