Mungkin ramai yang belum pernah dengar tentang VSP dalam polis. VSP bukan singkatan untuk unit khas atau senjata canggih, tapi sebenarnya ia adalah satu peranan sukarelawan yang sangat penting dalam membantu pihak polis menjalankan tugas harian.
Apa Maksud VSP?
VSP = Volunteer Smartphone Patrol
Inisiatif ini diperkenalkan oleh PDRM untuk menggalakkan penglibatan orang awam dalam menjaga keselamatan kawasan setempat. Ia merupakan satu platform aduan berasaskan aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai menghantar maklumat terus kepada polis berkaitan:
Siapa Boleh Jadi VSP?
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 18 tahun ke atas
✅ Mempunyai telefon pintar
✅ Mempunyai keprihatinan terhadap keselamatan komuniti
Tak perlu pakai uniform atau jalani latihan fizikal, cukup dengan semangat nak bantu polis dan masyarakat.
Bagaimana VSP Membantu Polis?
Sebagai anggota PKD, aku sendiri pernah terima laporan melalui VSP yang bantu kesan suspek lebih cepat. Aplikasi ni memang banyak membantu memendekkan masa respon anggota di lapangan kerana maklumat yang diterima lengkap dengan lokasi dan gambar.
Kesimpulan
VSP ni ibarat mata dan telinga tambahan bagi PDRM. Dalam era digital, kerjasama orang awam semakin mudah dan pantas. Jadi kalau kita nampak sesuatu yang mencurigakan, jangan biarkan, laporkan dengan bertanggungjawab.
📌 Untuk ENTRY Esok, aku akan kongsikan langkah demi langkah cara pendaftaran VSP dan bagaimana nak mula jadi mata dan telinga PDRM dari telefon pintar anda.
#ApaItuVSP
#VolunteerSmartphonePatrol
#PolisDanKomuniti
#SamaSamaJagaKampungKita
waahhh best ni!
ReplyDeleteKannnn.... VSP ni sudah wujud sejak time covid lagi... Tapi time tu Taufik berkecimpung dalam YT
DeleteBaru tahu pasal kewujudan VSP ni. Boleh membantu polis dengan mudah dan cepat. Selaras dengan teknologi yang canggih di zaman sekarang.
ReplyDeleteYaaaa kewujudan ni, sejak covid lagi sudah... Masa tu perkongsian Taufik dalam YT lagi
DeleteOhh lama jugalah tu dah bertahun. Ingatkan baru lagi tahun ni. Okay² Terima kasih share.
DeleteSama sama... Benda yang baik kita kongsi bersama.
DeleteSemoga ahli2 VSP nie bertanggungjawab semuanya...
ReplyDeleteHarap nya begitu.
Delete1st time tau pasal VSP ni. Nice sharing.
ReplyDeleteYaaaa kewujudan ni, sejak covid lagi sudah... Masa tu perkongsian Taufik dalam YT lagi
DeleteVSP melibatkan awam dgn polis bagus tu
ReplyDeleteKannnn... Baguskan ... Esok Taufik akan tunjukkan cara daftar
DeleteOh ic.... Semacam Intel tapi orang awam yaaa. Bagus juga. Krn terkadang orang awam justru banyak melihat dan tahu sekelilingnya . JD kalo ada yg mencurigakan bisa LGS lapor
ReplyDeleteIya, kerna orang awam juga mata dan telinga kepada kami pihak polis.
DeletePernah dulu baca pasal ni. Konon nak regi tapi asyik lupa sampailah skrg ni tak regi² juga 😅
ReplyDeleteTakpe, hari ini Taufik akan tunjukkan cara regi supaya memudahkan orang ramai untuk menggunaan nya.
Deleteterbaek lah info ni. tq tuan
ReplyDeleteSama sama....
DeleteOooo rupanya dah lama apps ni. KSarie baru tau ni. Nampak naw idok banyak membaca benda yang patut
ReplyDeleteTakpe.... Sebelum ni sy banyak berkongsi dalam YT... sekarang berkongsi dalam Blog pula.
DeleteTerima kasih kongsi info pasal VSP. Saya sebagai orang awam tak tahu tentang kewujudan sehingga Tuan share kat blog.
ReplyDeleteSama sama .. benda yang baik kita kongsikan.
DeletePertama kali dengar. Kalau ada inovasi baru kena war-warkan pada awam supaya lebih ramai orang tahu kewujudannya dan fungsinya. Ianya memperbaiki lagi perkhidmatan PDRM
ReplyDeleteYa betul tu, Semoga bermanfaat buat semua
DeleteSyarat2 nk join VSP pun mudah ..
ReplyDeleteYa Alhamdulillah sama sama kita membantu
Delete