Skip to main content

Adik Mengamuk Kerana Dadah

Aku sedang bertugas di Pusat Kawalan Daerah (PKD) pada syif petang, dari jam 4 petang hingga 12 malam. Tepat jam 6.00 petang, satu panggilan masuk diterima daripada seorang wanita, suaranya cemas dan tergesa-gesa.

“Tuan… saya nak minta tolong. Adik saya tengah mengamuk di rumah. Dia minta duit nak beli dadah. Mak dengan ayah yang call saya… saya kerja sekarang ni, tak boleh nak balik cepat,” katanya.

Aku segera minta lokasi rumah dan maklumkan balai polis berdekatan untuk tindakan segera. Tepat jam 6.09 petang, anggota dari balai berkenaan sampai di lokasi kejadian.

Namun, setibanya di sana, adik pengadu telah melarikan diri dari rumah. Mujur mak dan ayah pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan. Keadaan kembali terkawal dan anggota memberi nasihat untuk buat laporan polis di balai polis serta panduan kepada keluarga.

Pengadu kemudian dihubungi semula dan mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas pihak polis.

Di Sebalik Uniform, beginilah realitinya, walau hanya di hujung talian, kami cuba sebaik mungkin untuk melindungi mereka yang memerlukan. Bukan semua masalah boleh selesai dengan tangkapan, tapi setiap tindak balas cepat boleh menyelamatkan banyak perkara.

Comments

  1. Pantas bertindak 👍🏻
    Syukur kedua ibu ayahnya tak diapa²kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sebab keadaan adik nya tidak waras boleh terjadi kes yang tidak di ingini

      Delete
  2. Pantas bertindak...
    Bahaya orang yang bawah pengaruh dadah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, mereka boleh buat apa sahaja tanpa berfikir dengan waras.

      Delete
  3. Nasib baik cepat bertindak, selamat ibu bapanya..selalu baca akhbar, kerana dadah sanggup bunuh ibu bapa...nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nasib baik ahli keluarganya sempat hubungi awal².

      Delete
  4. Pantas... 9 minit sampai tempat kejadian.
    Biasa polis peronda akan bunyikan siren tak atau siren tu dibunyikan bila laluan sesak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul-betul kecemasan memang akan pasang siren. Kejadian yg ni lokasi kebetulan berdekatan dengan lokasi rondaan masa tu.

      Delete
  5. Nasib polis cepat bertindak. Risau pengadu yang duk jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kalau duduk jauh dari lokasi rondaan memang kena banyak bersabar.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EPISOD 14 AKHIR : PAHLAWAN KECIL KAMPUNG DAMAI

  ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT PAGI BUAT PEMBACA BLOG TAUFIK Jadi hari ini Taufik nak teruskan komik yang Taufik buat, walaupun bukan lah 100% Taufik yang buat, cuma idea sahaja dan AI yang buatkan huhuhuhu. sebelum terlupa, jika sudi untuk support boleh klik  di sini ...terima kasih . TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tulis Blog Cerita Tugas Polis, Ada Isu ke? Bos Ok ke?

Terima kasih kepada sahabat Blogger  mummy_ayu  atas soalan yang diberikan kepada entry yang lepas. Soalan ni memang selalu aku fikir masa mula-mula buat blog ni: "Tak salah ke kongsi cerita kerja dalam blog?" "Office tak marah ke?" Jawapan ringkas: Tak salah… selagi kena pada cara dan batasnya. Apa Yang Dibenarkan? Cerita pengalaman peribadi dalam bertugas, contoh: rondaan malam, kawalan trafik, insiden lucu masa bertugas.  boleh dikongsi selagi tak langgar dasar sulit PDRM. Tak dedah maklumat sulit atau sensitif , seperti nama pengadu, nombor laporan, maklumat siasatan dalaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan negara. Tak burukkan organisasi atau rakan sekerja. Kita nak tunjuk sisi baik, bukan buka aib sesiapa.

Teka 3 Angka Belakang Duit RM1 & Menang Hadiah!

Hari ni Taufik nak buat contest santai-santai untuk semua sahabat blogger dan pembaca blog ni. Senang je,  teka 3 angka terakhir nombor siri duit RM1 yang Taufik pegang sekarang ni! 🎁 Hadiah? Taufik akan hadiahkan Komik Digital Ujang (versi PDF) kepada 10 orang pemenang yang teka paling hampir atau betul! 📌 Cara Nak Join: Tinggalkan tekaan 3 angka terakhir dalam ruangan komen entri ni. Boleh teka seberapa banyak yang korang nak  tiada had! Syarat mudah sahaja : Tolong share contest ni di mana-mana platform (Blog, Facebook, IG, WhatsApp, TikTok dll). 📅 Tarikh Tutup: Tarikh tutup sehingga hujung bulan. Pemenang akan diumumkan dalam awal bulan . Selamat mencuba semua! Mana tahu rezeki korang kan 😄 Yang penting, kita seronok-seronok je. Jangan lupa share ye! Petunjuk untuk teka teki : kita bagi petunjuk bonus yang terakhir                                      ...