Mari Klik

Monday, April 28, 2025

Cara Settle sendiri & Daftar MyBayarSaman: Mudah, Cepat & Tak Perlu Ke Balai

 “Alamak… dapat saman lagi!”

Pernah tak korang alami situasi macam ni? Tengah syok bawa kereta balik kampung, tiba-tiba satu hari check, eh, ada saman tersangkut atas nama sendiri. Masa tu, mulalah fikir nak ke balai ke tak, ada masa ke tak, kena beratur ke tak...

Tapi sebenarnya, zaman sekarang ni semua dah canggih. Nak bayar saman pun boleh buat sambil duduk rumah, minum kopi, atau masa tengah lepak kat kedai mamak. Sebab tu aku nak kongsikan cara paling mudah nak daftar dan guna MyBayarSaman, satu platform online rasmi dari PDRM yang memang banyak membantu.


Aku sendiri walaupun bekerja sebagai PDRM tetap juga manusia biasa yang melakukan kesalahan namun aku selalu guna apps ni, dan memang jimat masa. Tak payah risau nak cari parking dekat balai polis dah lepas ni. Jom tengok macam mana nak mula!


Tapi sebelum tu mari aku terangkan dulu,

Kalau dulu nak semak atau bayar saman kena pergi balai, beratur, ambik nombor giliran, tunggu... Sekarang semua boleh buat dari telefon je. Terima kasih kepada sistem online MyBayarSaman yang diperkenalkan oleh PDRM.

Aku sendiri dah cuba, dan serius – memang mudah gila. Tak sampai 5 minit pun dah siap daftar. Jadi, kalau kau pun nak jimat masa dan tenaga, jom aku ajar cara daftar akaun MyBayarSaman langkah demi langkah.


✅ Apa Itu MyBayarSaman?

MyBayarSaman adalah platform rasmi dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rakyat Malaysia semak dan bayar saman trafik secara online. Tak perlu lagi ke kaunter atau balai – semua boleh buat atas talian.


πŸ“ Langkah-Langkah Daftar MyBayarSaman

1. Masuk ke Laman Web Rasmi

πŸ‘‰ Pergi ke: https://mybayar.rmp.gov.my

2. Klik “Daftar Akaun Baru”

  • Cari butang Daftar Akaun Baru dan klik.

  • Sesuai untuk pengguna kali pertama.

3. Isi Maklumat Diri

  • Nama penuh

  • Nombor Kad Pengenalan (MyKad)

  • Emel yang aktif

  • Nombor telefon

  • Cipta kata laluan

Tips: Guna maklumat yang betul dan sama macam dalam IC untuk elak masalah.

4. Sahkan Akaun

  • Kau akan terima kod pengesahan (OTP) melalui emel atau SMS.

  • Masukkan kod tu untuk sahkan akaun.

5. Log Masuk

  • Dah sahkan akaun, kau boleh terus log masuk guna IC dan kata laluan.


πŸ’³ Cara Bayar Saman Guna MyBayarSaman

Lepas log masuk, kau boleh:

  • Semak senarai saman

  • Pilih saman yang nak dibayar

  • Buat bayaran guna:

    • Online Banking (FPX)

    • Kad kredit/debit


πŸ“± Nak Guna App? Boleh Juga!

Kalau kau suka guna telefon:

  • Muat turun aplikasi MyBayarSaman di:

    • Google Play Store (Android)

    • Apple App Store (iPhone)

Fungsi dia sama macam versi web – semak & bayar saman dari mana-mana.


πŸ’‘ Bonus: Rebut Diskaun Bila Ada Promosi!

Kadang-kadang PDRM buat diskaun besar-besaran, sampai 50%! Tapi tempoh dia terhad, jadi elok kau daftar awal-awal supaya boleh terus bayar bila ada promosi.


Jadi tak ada alasan dah nak abaikan saman. MyBayarSaman dah mudahkan semuanya. Mudah, cepat, dan tak perlu ke balai. Harap perkongsian ni berguna – jangan lupa share dengan kawan-kawan yang masih tak tahu!


21 comments:

  1. Bagus juga ada post macam ni. Senang tak payah cari balai polis. Kadang kita ni menggigil nak gi Balai Polis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bersama berkongsi maklumat kepada masyarakat supaya memudahkan urusan orang ramai tak perlu beratur panjang....

      kami yang PDRM pun kadang-kadang menggigil bila mana kena hadir ke mahkamah sebagai saksi...padahal bukan buat salah pun

      Delete
  2. Thanks for sharing boleh share dengan hubby sebab dia yang bayar saman. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, benda baik In Shaa Allah saya akan kongsikan kepada orang ramai supaya memudahkan urusan orang lain.

      Delete
  3. Selesai dah bayar saman sebelum syawal hari tu.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bagitahu. Kena check ni kut ada tertunggak saman. Naya ja

    ReplyDelete
  5. Baru tahu abg beruniform pon rajin juga berblog. Btw terima kasih info yang sangat bermanfaat untuk rakyat. Salam new follower here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisahnya dulu Blogger juga sebelum menyertai Uniform..mula blogger tahun 2010 tingkatan 3... Bila lama-lama blog kena hack apada tahun 2015. Lepas tu jadi Youtuber pulak start tahun 2020 sampai awal tahun 2025 ni... Kena Hack juga... Ni baru mula balik blogger

      Delete
    2. Terima kasih Follow...semoga murah rezeki

      Delete
  6. Zaman skr semua dipermudah dengan banyak aplikasi berguna. Termasuk utk bayar denda seperti ini . Di sinipun dah online juga bang. Jadi tak perlu lah ke pengadilan utk ikut sidang macam dulu. Tinggal online saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, teknologi banyak memudahkan kita dalam pelbagai urusan.

      Delete
  7. Semuanya di hujung jari je ye... Jimat masa, tenaga dan kos juga .

    ReplyDelete
  8. Semua mudah di hujung jari je. Yang tak mudahnya nak keluar duit bayar saman. πŸ˜‚

    ReplyDelete
  9. ada apps lagi mudah nak settle byr saman.. tak perlu pikir byk, yg penting kena da duit je dlm akaun hehehe

    *terima kasih singgah blog Anamizu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau tiada duit,. Apps apa pun tak jalan.

      Delete
  10. Pernah bayar saman kat caw. polis trafik masa belum ada apps... Melingkar² barisan sebab masa tu ada diskaun.
    Sekarang senanglah ada apps.
    #bukan saman sendiri... saya pemandu ikut peraturanπŸ˜…

    ReplyDelete
  11. Betul, bila ada diskaun memang beratur panjang laaaa.... In shaa Allah bila sudah ada APPS ni dapat memudahkan lagi urusan orang ramai.

    ReplyDelete

My Blog List