Bila Mercun Malam Raya Jadi Punca Jiran Tak Boleh Tidur
Malam Raya Aidilfitri.
Langit cerah, bulan penuh – satu Malaysia tengah sibuk pasang pelita, panaskan rendang, dan lipat baju Melayu.
Tapi kat balai, kami masih duduk depan papan putih.
Jam dah pukul 12:15 tengah malam – beberapa jam je lagi nak masuk Syawal.
Orang lain tunggu takbir,
kami tunggu… panggilan.
Dan macam dijangka, panggilan tu pun masuk.
“Tuan… saya minta maaf telefon tengah malam ni… tapi bunyi mercun belakang rumah saya ni kuat sangat. Dah macam perang. Anak saya tak boleh tidur… saya pun dah naik migrain.”
Suara makcik tua, nada lembut tapi jelas dia dah penat sangat.
1. Bukan Tak Bagi Main, Tapi Kena Ada Adab
Kami terus maklumkan anggota peronda kawasan.
Tak lama lepas tu, laporan balik masuk:
“Sekumpulan remaja. Main mercun bola dan mercun roket dekat padang kosong belakang rumah. Siap ada rakam TikTok sekali.”
Bila peronda sampai dan tegur baik-baik,
salah seorang remaja tu jawab:
“Ala tuan… Raya setahun sekali je pun. Takkan mercun pun tak boleh?”
Anggota peronda tersebut tahan nafas.
Betul… Raya setahun sekali.
Tapi jiran-jiran kau pun manusia.
Ada yang baru lepas kerja shift malam.
Ada yang anak kecil baru tidur.
Ada yang jaga orang tua sakit.
Dan lebih penting – ada yang patuh undang-undang, bukan ikut sedap rasa.
2. Bila Kita Tegur, Kita Bukan Musuh Raya
Kebiasaan anggota peronda tak terus saman.
Anggota tersebut beri nasihat, dan minta hormat ruang orang lain.
Tapi biasalah, ada yang faham… ada juga yang tarik muka.
Tapi tugas kami tetap jalan.
Sebab bila orang telefon kami tengah malam macam tu – bukan sebab suka-suka.
Dia dah buntu. Dah letih. Dah tak tahu nak buat apa.
Dan kami takkan buat bodoh je bila rakyat minta tolong.
3. Raya Dalam Uniform, Tapi Tetap Jaga Suasana Raya Orang Lain
Menurut anggota berkenaan, lepas settle kes tu, mereka duduk balik dalam kereta peronda.
Tengok langit – bunyi takbir mula kedengaran dari surau.
Aku yang ketika itu berada dalam PKD terukir senyum sikit.
Walaupun kami tak duduk makan ketupat dengan keluarga sendiri…
tapi kami tahu, kami bantu orang lain tidur lena malam tu.
Itu pun dah cukup untuk jadi ‘rasa raya’ bagi kami yang pakai uniform.
Di Sebalik Uniform, bukan semua tugasan pasal kes bunuh atau kejar penjenayah.
Kadang-kadang, cuma pasal mercun dan jiran yang tak boleh tidur.
Tapi itu pun satu bentuk keamanan yang orang selalu terlepas pandang.
Dan pada malam Syawal tu,
kami bawa satu mesej mudah:
“Raya ni untuk semua orang rasa bahagia – bukan untuk kau sorang je.”
Betul tu... Kita menegur bukan nak bermusuhan dgn kemeriah raya.. tapi adab kena ada dalam apa jua nak buat.. lagi2 main mercun ni..
ReplyDeleteYa, kebiasaan kami akan beri peluang bermain mercun hingga jam 12 malam sahaja.. selepas daripada itu, patut dah boleh berhenti dan homat dgn jiran tetangga.
DeleteMalam raya pertama tu boleh faham lagi.. ni sampai semalam pun duk main ukul 2-3 pagi.. haishhh ada yg kena kang..
Deleteitu la pasal, depa duk pakat main sampai habis syawal...
DeleteMalam raya hari tu kami terjaga hampir jam 3 pagi, gara² bunyi meriam buluh agaknya. Berdentum² kuatnya! Lepas dah senyap, sebelum Subuh bunyi motor pakat merempit pulak 😇
ReplyDeletemereka ni bukan kita tak bagi peluang nak bermain mercun atau meriam...tapi selepas jam 12 malam tu biarlah berhenti dulu tunggu siang pula....ini macam tiada hari esok pula.
DeleteUntungnya ditegur oleh orang prihatin. Mungkin lepas ni pihak berwajib kena sentiasa uar-uarkan dalam media tempoh waktu main mercun tiap kali raya.
ReplyDeletebaik, kami akan usulkan kepada pihak atasan hal ini....
DeleteBetul..kena patuh undang- undang yang dah ditetapkan...lagi satu kena ada sikap courtesy...kalau xde tu yang jadi masalah..itu yang jadi malapetaka dan itu punca perbalahan sesama manusia
ReplyDeleteRamai yang mengatakan undang-undang perayaan hanya untuk melayu... Tapi bagi pendapat saya.... Kita tengok perayaan orang lain jarang nak dengar kejadian terbakar laaa... Melecur laaa, rosak harta benda laaa.
ReplyDeleteIni masalah yg sama jugaa di sini. Kalo jakarta mungkin tak terlalu parah, tapi yg di kampung2 jangan harap 😔. Kasian memang dengan yg punya anak baby , atau lansia yg dah nak tidur ..
ReplyDeleteKita sebagai manusia perlu beradab juga bila menikmati perayaan.
Delete