Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat blogger dan pembaca setia blog Di Sebalik Uniform. Korang sarapan apa pagi tadi? Ada yang sarapan nasi lemak? Roti canai? Atau cukup sekadar kopi o dan biskut kering?
Hari ni Taufik bangun agak awal. Lepas Subuh, duduk kejap tengok luar tingkap, langit masih samar-samar. Dengar bunyi burung berkicau, hati pun rasa tenang. jadi Taufik pun ambil peluang ni nak siapkan sarapan ringkas.
Buka peti ais, tengok ada pisang yang dah agak lembik, dan terus datang idea “Jom buat cekodok!”.
Bila makan cekodok ni, terus teringat zaman kecil. Dulu mak selalu buat bila tak sempat masak berat. Kadang-kadang masa nak pergi sekolah pun sempat capai satu dua ketul.
Taufik yakin ramai antara korang pun ada memori macam tu. Cekodok ni walaupun ringkas, tapi penuh makna. Kadang-kadang makanan simple la paling sedap. Tak payah ada sos istimewa pun.
nak buat cekodok pun lama tau...hihihi
ReplyDeletehahaha...nak lenyek lenyek tu hihihihi
Deletecokodok pisang peberet akak. Dulu keliling rumah banyak pokok pisang jadi selalu le buat cekodok. Kalau pisang nipah buat goreng. Lagi sedap dapat ubi rebus dengan keledek goreng atau keladi goreng. Cecah dgn sambal kicap. Tu peberet orang johor le semua gorengan nak cicah sambal kicap. Sedap hehehehe lagi best tempe goreng cicah sambal kicap. Perghhhh
ReplyDeleteyaaaa kat Johor kalau goreng goreng memang cecah dengan sambal kicap
DeletePokcik tak makan pisang, pokcik sarapan roti canai jer..
ReplyDeleteowhhh roti canai pon sodap tu...peberet kalau roti canai telur...kuah banjir
Deletepagi ni sis sarapan nasi lemak bungkus daun pisang.. ^^
ReplyDeletebau aroma daun pisang sedap tu...
Deletebagusnyaaaaa pandai masak cekodok....kak mieja bf merangkap lunch nasi lemak daun pisang
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, sebab dulu dari kecik banyak tolong ada laaa sedikit ilmu tu
DeleteSedap dah ni cekodok. Kalau ada pisang boleh la buat dia.
ReplyDeleteini pun sebab ada tanam pokok pisang kat belakang rumah taman
DeleteMakan kuih karipap sebiji, air minum teh kurang gual...hehehe
ReplyDeletekaripap sedap juga tu, Alhamdulillah jaga kesihatan
DeleteBiasanya, cokodok saya buat minum petang. Tak pernah lagi buat sarapan cokodok.
ReplyDeleteHari ni, saya tak sarapan pun. IF. Jadi, terus lunch. Nampak sedap cokodok yang Taufik buat.
owhhhh...sebab dah tak tahu nak masak apa sarapan...tu yang buat keputusan buat cekodok tu hahahaha
Deletepg td MZ bf mkn nasi goreng!
ReplyDeletewahhhh sodap tu....
DeletePagi ni ingat nak cari sarapan berat. Ada gotong royong kat sekolah Wafi.
ReplyDeleteSedap tu cekodok pisang.. boleh ralit makan.
Kalau ada gotong royong kena ada berat sikit laaaaa..... Sebab penat tu
DeleteTak ingat dah 10 Julai ni buat sarapan apa. Bihun goreng kot. Betul tu. Kalau tak buat sarapan berat, cekodok pisang atau cekodok ikan bilis lah mak kita buat. Hidangan simple tapi itu cukup sedap,mengenyangkan dan membahagiakan. Rindu betul zaman kanak-kanak.
ReplyDeletebetul....kalau dah lamabt memang capai segenggam kat tangan masa nak pergi sekolah hihihihi
DeleteCekodok pisang panas-panas, cicah kopi… memang kombinasi mantap
ReplyDeleteYa kak...buat layan-layan je
Delete