Jam menunjukkan hampir 1 pagi. Suasana di Pusat Kawalan Daerah (PKD) agak tenang, hanya bunyi kipas dan sesekali suara walkie-talkie daripada unit-unit ronda yang sedang bertugas.
Tiba-tiba, telefon di PKD berdering. Aku angkat. Seorang wanita menjawab dalam nada teresak-esak, suaranya tenggelam timbul di sebalik tangisan.
“Saya... saya tengah gaduh dengan suami. Saya dah keluar rumah. Saya tak tahu nak buat apa...”
Aku cuba tenangkan dia dan tanya perlukan bantuan polis ke tak. Tapi jawapan dia hanya tangisan yang panjang, diselang-seli dengan keluhan emosi.
Tanpa berlengah, aku arahkan anggota ronda ke lokasi yang diberi. Walaupun maklumat tak begitu lengkap, kami tetap gerak sebab kadang-kadang emosi orang dalam tekanan ni boleh bawa kepada sesuatu yang tak dijangka.
Beberapa minit kemudian, anggota sampai dan lapor semula. Pengadu ada di situ, dalam keadaan tenang, walaupun masih kelihatan sebak.
“Saya panggil polis sebab saya tak tahu nak luah kat siapa... Saya cuma nak cakap dengan seseorang.”
Anggota ronda beri nasihat ringkas dan maklumkan padanya untuk buat satu laporan polis di balai berdekatan sebagai rekod keselamatan dan rujukan sekiranya berlaku semula.
Di Sebalik Uniform
Kadang-kadang tugas kami bukan hanya tentang tangkap penjenayah atau buru samseng. Ada masanya, kami cuma jadi pendengar kepada insan yang tertekan, tak tahu ke mana nak tuju.
Tangisan malam itu mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, tapi bagi dia, ia dunia yang sedang runtuh.
Dan bagi kami di sebalik uniform, inilah antara tugas yang paling manusiawi: mendengar, hadir, dan memberi rasa selamat, walau hanya seketika.
uishh... tak terfikir pula boleh mengadu kat polis.
ReplyDeleteapa boleh buat.... ihihihihi
Deletemacam kelakar, tapi eh? betul gak ea? mengadu dgn polis. gak pernah kefikiran sekali. suruhla dia buat blog, leh luah kat blog.
ReplyDeletehihi, nanti kalau jumpa lagi kes macam ni...dah boleh guna idea ni minta dia buat blog....hari-hari boleh dia update
Deletebetul, gaduh suami isteri ada yg anggap alah....itu pun nak heboh. tapi yang melaluinya je yg faham. Mungkin ini perlakuan berulang kali. Alhamdulillah belum pernah hadapi situasi mcm ni sepanjang 21 tahun perkahwinan.
ReplyDeletememang sudah bnyk kali menurut pengadu...mungkin dia trauma ke macam mana kan....memerlukan seseorang untuk mendengar.....
Deleterisau kalau melibatkan fizikal...semoga yang baik2 je untuk pengadu
ReplyDeleteya, namun kami juga beri nasihat supaya buat laporan polis...jangan di biarkan begitu sahaja..
Deleteheh heh kalau tertakan polis pun jadi mangsa lepaskan tekanan....menarik semua kisahnya boleh terbitkan buku anekdot di sebalik uniform ni
ReplyDeletehihihi...in shaa Allah....apa boleh buat...tugas punya hal
DeleteKalau sampai dia mengadu ke polisi, artinya dah tak ada lagi saudara atau teman yg bisa di percaya, atau sekedar tempat luahan hati. :( kasian lah. . saya harap dia baik2 saja sekarang ini
ReplyDeleteItu laaaa, kami pun sudah nasihat buat laporan polis..
DeleteSemoga si pengadu baik-baik. Risau pulak. Sampai call polis.
ReplyDeleteDie dah berat sangat menangggung seorang diri tu.
Delete